Sunday, 29 July 2012

Jangan Salah Niat Semasa Memakai

Ramai yang menghantar email bertanyakan apakah pantang dan larang semasa memakai
Minyak Buluh Perindu ini.

Pertama sekali setiap kali memakainya bergantung pada NIAT. Seterusnya Minyak Buluh Perindu ini jangan bersentuhan dengan perkara yang diharamkan oleh ugama seperti arak,khinzir atau barangan lain yang haram. Jika bersentuhan, Minyak Buluh Perindu ini akan hilang khasiatnya. Maka berhati hati. Niat kenalah ikhlas dan baik.
Jangan pula dibawa masuk ke Tandas dan Jangan di Langkah. Sebaiknya simpan sahaja didalam kereta atau dirumah.

Semasa pemakaiannya sentiasa ingat kat Allah kerana Minyak ini adalah sebagai alat dan kita hanya mengunakan khasiatnya sahaja. Niat kita bergantung kepada izin Allah.Cara ini amatlah berkesan dan kebiasaan dimakbulkanNYA.

Seperti yang pernah berlaku, ada segelintir pemakai Minyak Buluh Perindu ini menjadikannya pemujaan untuk meneka Nombor Ekor dan berjudi.Yang lebeh sesat lagi ada yang mengunakan jampi jampi memuja syaitan dan jin (jampi/serapah yang tidak difahami, jika kita mendengarnya), seolah olah guna jampi ugama lain.Di nasihatkan jangan gunakan kaedah ini kerana boleh menyesatkan.

Pemakaiannya amat berkesan dan power jika Minyak Buluh Perindu ini diamalkan selepas sembahyang Subuh dan di-sapu dikening dan diikuti dengan niat.

Apakah kelebihan minyak ini? Soalan ini sering di utarakan oleh pelanggan Blog ini.
Antaranya kelebihan Minyak Buluh Perindu ini ialah,
a) Bila kita berjumpa atau berbual dengan seseorang, orang itu akan rasa selesa dan senang berdampingan dengan kita.
b) Jika kita seorang peniaga/salesman/pekedai dan apa sahaja jenis bisnes, pelanggan akan bertambah.
c) Minyak Buluh Perindu juga sebagai medium pemikat, jika kita sedang memikat sidia kerana terdapatnya rahsia aura memikat pada diri sipemakai.
d) Jika kita makan gaji, Boss akan suka kat kita.
e) Bertambah kawan kawan, kalau dulu mungkin susah dapat kenalan baru, setelah memakai Minyak Buluh Perindu ini boleh menarik kenalan dan kawan baru.
f) Jika kita sudah berkahwin , hubungan suami isteri bertambah mesra, kasih, sayang dan cinta. Kekadang macam blangkas, tak boleh berpisah lama lama.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah Minyak Buluh Perindu ini menghasilkan aura pada tubuh sipemakai yang memberi kesan pada fizikal dan mental , seterusnya dapat memberi semangat dan tidak mudah putus asa dan mengalah menghadapi cabaran hidup.

CARA PEMAKAIAN:
Cara pemakaian telah diterangkan dalam tulisan sebelum ini, tetapi tidak jauh bezanya, terpulang yang mana satu cara mengunakan; hasilnya tetap power, asalkan tidak melanggar pantang larang.

Kaedah memakainya seperti berikut:
 Langkah 1: MENGHADAP KIBLAT.

Langkah 2: SAPUKAN SEDIKIT MINYAK BULUH PERINDU DIJARI MANIS KANAN,
DAN GOSOK DIJARI MANIS KIRI SERTA SELAWAT 3X DAN
DOA"YA ALLAH...JADIKANLAH MINYAK BULUH PERINDU INI SEBAGAI PELARIS,
PENGASIH,PENYAYANG DAN PENYERI BAGI DIRIKU 1X.

Langkah 3: KEMUDIAN  KEDUA-DUA JARI MANIS TADI SAPU DI KEDUA-DUA KENING.
CARANYA:SAPUKAN BERMULA DARI PANGKAL KENING HINGGA HUJUNG KENING 3X.
KEMUDIAN JARI MANIS KANAN TADI DITEKAN DIATAS BIBIR 1X,DIBAWAH BIBIR 1X.
AMALKAN 1HARI 1X ATAUPUN 2X ATAUPUN PADA MASA-MASA TERTENTU.

#CARA KEGUNAANYA (setiap hari):

DIBAWA BERSAMA SETIAP KALI KELUAR RUMAH.

LETAKAN DI BAHAGIAN PINGGANG KE ATAS.SUPAYA SERASI DENGAN DIRI KITA.

KALAU AMALKAN SELALU ,SUDAH CUKUP UNTUK MENARIK PELARIS,PENGASIH DAN PENYAYANG.

PERINGATAN:
SEBAIK-BAIKNYA MINYAK BULUH PERINDU INI TIDAK BOLEH DI LANGKAH
ATAU DIBAWA MASUK TANDAS.
YANG SUDAH DISAPU TIDAK MENGAPA (masih ada power)


Sebaiknya anda cuba mengunakannya untuk mengetahui hasilnya ,Klik disini untuk tempahan sebotol Minyak Buluh Perindu

Untuk pembaca dan pelanggan Luar Malaysia (Outside Malaysia) Klik disini

Thursday, 26 July 2012

Kasih Sayang Dan Cinta

MINYAK BULUH PERINDU SEBAGAI AURA KASIH SAYANG , CINTA DAN PEMIKAT

Sifat pengasih dan penyayang adalah kepunyaan Allah yang mutlak yang juga merupakan antara nama-nama dalam Asmaul Husna.  Kasih Sayang Allah tiada tandingannya dan kita semua patut bersyukur dengan kejadian makhluknya yang bernamakan Buluh Perindu sebagai usaha untuk boleh mendapatkan Kasih..Sayang...Cinta dari dan kepada sesama manusia. Cinta,Kasih dan Sayang bukan terbatas pada cinta antara  lelaki perempuan sahaja tetapi secara global dari semua lapisan tak kira bangsa. Tanpa kasih sayang antara manusia hancur-lah dunia ini kerana tiada lagi belas kasihan antara sesama makhluk termasuklah haiwan itu sendiri perlu sayang dari manusia. Berbalik kita kepada sifat Tuhan yang penyayang telah memerintahkan matahari untuk menyinarkan cahayanya kepada semua makhluk, tidak peduli siapa,agama,jahat,baik dan tetap sinarnya meliputi seluruh makhluknya.

KASIH SAYANG CINTA - KAITANNYA DENGAN PELARIS PERNIAGAAN
Agaknya boleh ke tidak kita fahamkan  apakah kasih sayang dan cinta sebenarnya ada kaitan dengan kita sebagai peniaga. Maksudnya apabila ada sifat sayang dan kasih, kalau kita tak mencapai target pendapatan atau barangan kita tak laku, adakah kita tak akan marah marah, mengeluh tetapi redha dengan ketentuan NYA dan bersabar.
Cuba kita bayangkan kita tiada langsung sifat Kasih Sayang , agaknya bagaimana kita boleh sabar.
Berbalik pada matahari tadi, apa akan terjadi tanpa kasih sayang Allah, sinarnya hanya untuk orang yang turut perintahnya, bagi  orang yang tak ikut perintah, tak jumpa matahari...gelap 24 jam.
Ini menunjukkan Allah itu ada lah Sabar dengan segala tingkah laku manusia. Tetap Dia suruh Matahari berikan sinarnya tanpa nak pilih pilih siapa manusia itu..putih...ke.. gelap..ke.. songsang..ke. Masyallah....

Begitu juga kita sebagai manusia sentiasa sabar dengan ketentuan rezeki. Kalau kita dan pelanggan kita ada sifat kasih sayang, secara perlahan Pelaris itu akan di rasai kerana kita berniaga dengan kasih sayang, tak tipu pelanggan, harga berpatutan dan tidak mengambil kesempatan dan samarata sahaja tak kira siapa pelanggan kita.
Ini dapat dilakukan kerana ada sifat kasih sayang kita dengan pelanggan. Sifat kasih sayang ini secara automatik akan jadikan kita ,apabila bercakap dengan pelanggan bersopan ,lembah lembut, tersenyum walau barang tak laku dan terus berikan layanan.

Begitu juga dipehak pelanggan, kalau kita dah layan dengan kasih sayang sebaik mungkin, tak marah marah, agaknya si pelanggan ini akan datang lagi tak. Sendiri tau jawapannya.

Minyak Buluh Perindu ini hanyalah sebagai ikhtiar sahaja dan sudah terbukti keberkesanan nya (Sila baca Testimonial), tetapi segalanya masih bergantung pada NIAT, iaitu mengharap semua manusia akan merasa dihargai seterusnya dapat merasakan kasih sayang dengan si pemakai (Peniaga), dan seterusnya akan sentiasa teringat untuk beli barang/produk dengan si pemakai(peniaga).
Pada mulanya sukar juga untuk dipercayai namun ,lama kelamaan tanpa disedari sememangnya aura dari Minyak Buluh Perindu ini diakui sebagai penyebab, dengan izin Allah.

NAIK PANGKAT, NAIK GAJI DAN PENGARUH PADA MAJIKAN
Perkara berkaitan dengan mereka yang makan gaji (Bukan Peniaga) , Minyak Buluh Perindu sebagai pemudah urusan dan bicara semasa melakukan kerja. Syaratnya kerja dilakukan mengikut prosidur dan disiapkan mengikut jadual, dan pengunaan Minyak Buluh Perindu bukan untuk mengurangkan beban kerja tetapi sebaliknya sebagai Penarik Perhatian supaya  hubungan kita dengan Majikan atau Boss ada kasih sayang, yang mana amat perlu semasa penilaian Prestasi kita.

Kerja tetap kena kerja, bukan maksud guna Minyak Buluh Perindu sebabkan kita dah ada pengaruh dan sebabkan  Boss sayang kita,.... Boss akan kurangkan kerja kita tetapi Boss tetap beri markah prestasi 10/10......
ini yang kita perlu hati hati dan hendaklah kena pada caranya seterusnya pastikan kita faham betul-betul (Minyak Buluh Perindu bukan sebagai peng-halal cara dan jalan pintas serta pantas naik pangkat dan naik gaji)..Ada rezeki kot mana pun kalau Allah izin, kalau rajin..naik pangkat naik gaji. Inshaalah..

Koleksi Minyak Buluh Perindu milik pelangan kami...
Sekiranya berminat untuk mencuba , dapatkan satu botol Minyak Buluh Perindu,
sila isi Borang Tempahan

Saturday, 14 July 2012

Pelaris Perniagaan

MINYAK BULUH PERINDU SEBAGAI PELARIS PERNIAGAAN

Ramai juga yang menghantar email bertanyakan bagaimana boleh minyak ini sebagai medium pelaris. Untuk jawapan kepada persoalan ini, pertama tama sekali NIAT si pemakai perlu ditentukan terlebeh dulu kemudian DOA dan iktikad bahwa semua dengan izin Allah.

Bismillah dulu kemudian selawat 3x dan apa niat kita.

Minyak Buluh Perindu ada berbagai kegunaan ; seribu satu macam boleh dilakukan dengan minyak ini, antaranya sebagai Pelaris perniagaan. Tak kira samaada anda seorang pekedai runcit, pemilik restoran, salesman kereta atau agen direct-selling.

CARA PEMAKAIAN:
Selain dari kaedah menyapu di kening, minyak buluh perindu ini boleh di letakkan dalam laci yang berisi wang hasil perniagaan, iaitu samada di calit pada tepi laci atau sebotol minyak buluh perindu disimpan bersama sama wang dalam laci.

Selain diatas, minyak buluh perindu  ini juga  boleh di calit pada wang kertas seringgit dan dilipat mengikut kesesuaian untuk dimasukkan ke dalam Dompet duit anda, dan dibawa kemana mana sahaja. Teknik pengunaannya ialah hendaklah selawat dan sapukan dicelah bibir sambil niatkan untuk apa atau sebelum memulakan perniagaan atau penjualan. Anda perlu yakin dan jangan ada langsung ada was was dan lainnya serah pada Allah , kerana rezeki hari itu semuanya di tangan dan kehendak Allah.

Seorang pemakai yang membeli Minyak Buluh Perindu ini bercerita kepada kami kesah kejadian yang berlaku setelah 2 minggu pemakaiannya.
Beliau adalah seorang Pekedai Runcit dimana prestasi pendapatan hariannya berubah secara perlahan lahan dari hari ke hari dengan jumlah penghasilan jualan kedai runcit nya bertambah dari hari ke hari berikutnya.
Bilangan pelanggannya bertambah, bukan sahaja pelanggan tetapnya sentiasa membeli dikedainya tetapi kedatangan pelanggan yang sebelum ini tidak pernah datang ke kedainya termasuklah pelanggan yang tidak dikenali.

Seorang lagi pembeli Minyak Buluh Perindu ini merupakan seorang salesman kereta terpakai dan juga menjalankan kerja sebagi seorang Kontrakator.
Situasi perniagaannya berubah apabila setelah memakai Minyak Buluh Perindu ini dalam tempoh 3 minggu , dia telah memperolehi projek Kontrak dalam 3 sebutharga serentak dan beliau terperanjat kerana sebelum ini berpuluh puluh tender sebutharga dia sertai , namun tidak satu yang menyangkut. Dan kepada Allah dia bersyukur, kerana beliau percaya Minyak Buluh Perindu ini hanyalah Iktihar dan selain dari itu adalah kehendak dan izin Allah jua.

PANTANG LARANG:
Jangan sesekali Minyak Buluh Perindu ini dibawa ke Tandas dan adalah lebeh elok ditinggalkan sahaja dalam rumah atau dalam kereta atau di laci wang. Jangan dilangkah.Sifat minyak ini adalah putih dan bersih.
Jika dibawa ke tempat tempat haram seperti premis perjudian dan arak ; minyak buluh perindu ini akan jadi Tawar dan khasiatnya akan pudar selama-lamanya, maka berhati hati.
Jangan terlalu suka, gembira jika tercapai sesuatu hajat tetapi hendaklah sentiasa bersyukur.

Tuesday, 3 July 2012

Koleksi Gambar Buluh Perindu

Cenuai Buluh Perindu...sukar dikenali dan diperolehi....

Cenuai Buluh Perindu yang bentuknya seperti Buluh Halus. Terdapat di kawasan Air Sungai yang berbatu batan.
Buluh perindu kering dan gagal tumbuh....
Pokok Buluh perindu yang cuba ditanam. Di perolehi di lereng pergunungan yang berhampiran kawasan Air Terjun yang jarang dikunjungi manusia



daun dan buluh perindu yang agak kering
Daun dan Buluh Perindu yang diperolehi di kawasan hutan pinggir bukit yang disahkan oleh orang yang berkebolehan, bahwa ianya adalah Asli. Dan dicampurkan dengan Minyak (tanpa akohol) kemudian di doakan. Khasiat nya telah terbukti dengan izin Allah.

pandangan dari jauh
lensa kamera di zoom lebeh dekat...cuba perhatikan batang dan daun
Buluh Perindu yang baru bercambah, hampir 6 bulan menantikan-nya. Cara menanam amat sukar, kerana perlu sedekah Al Fatihah kepada Nabi tertentu (mengikut keilmuan orang yang berkebolehan), semua dengan izin Allah. Sekali lagi niat semasa menanam nya untuk apa. Salah niat, besar kemungkinan mengigit jari. Alhamdulillah. Setakat ini niat masih berbuat baik sesama manusia .
anak pokok buluh perindu.....tarikh: 29.07.2012

Buluh Perindu yang semakin bercabang dengan daun dan batang yang baru.

koleksi dari pelanggan kami....4 botol buluh perindu menjadi satu botol besar
 =======================================================================
Gambar berikut koleksi yang diambil pada 04.08.2012. Anak buluh perindu semakin membesar dan semoga ia bermenafaat bagi sesama manusia, dengan NIAT yang betul.........
gambar anak buluh perindu - gambar01-(04.08.2012)
gambar anak buluh perindu - gambar02-(04.08.2012)

Perhatikan daunnya yang semakin membesar. Keajaiban Allah yang maha Pencipta.
===============================================

cenuai buluh perindu gambar 01 (06.08.2012)
cenuai buluh perindu gambar 02 (06.08.2012)
cenuai buluh perindu sudah berbunga
 Buluh Perindu diatas adalah dari jenis Cenuai yang bermaksud buluh dan daunnya adalah halus (kurang dari 10mm diameter) dan jika bernasib baik akan diketemukan dengan berbunga. Khasiatnya tetap sama dengan spesis Buluh Perindu yang lain, kecuali cenuai ini sukar ditemui kecuali di kawasan tanah tinggi, kawasan sungai yang ada air terjun dan jarang dikunjungi manusia.
Untuk makluman, cenuai ini ditemui dalam Malaysia, menunjukkan betapa bertuahnya negara ini. 


Koleksi Gambar ini adalah sebagai panduan untuk mengenali Buluh Perindu yang asli, cuma tiada kaedah untuk mengujinya tetapi dapat diketahui setelah dicampur dengan Minyak(tanpa akohol-minyak attar), kemudian pasang NIAT dan DOA.
Alhamdulillah setakat ini, kalau Allah izin, sememangnya terdapat perubahan yang dialami oleh sipemakai.

Monday, 2 July 2012

Khasiat Bergantung Pada Niat Si Pemakai

New Page 1 New Page 1
MINYAK BULUH PERINDU POWER

Minyak Buluh Perindu ialah Minyak yang telah dicampur dengan Buluh Perindu.

Buluh Perindu ini di perolehi oleh seseorang yang berkebolehan berhubung dengan alam sebelah sana
iaitu alam yang tidak ternampak oleh kita.

Berbagai kegunaan Minyak ini antaranya sebagai Pelaris,Penyayang,Pengasih dan Penyeri muka.

Oleh itu jangan tersalah guna kepada yang niatnya yang tidak baik dari segi agama dan syarak.

PERINGATAN
Minyak ini hanya untuk orang Islam Sahaja.
Jangan diniatkan untuk perkara yang menyalahi Ugama.
Oleh itu sentiasa niatkan untuk perkara perkara yang menafaat kepada diri sendiri.
Ingat....semua kebolehan minyak ini dari Allah sat....tiada pemakaian kain kain kuning atau hitam yang bersifat Jin dan Syaitan..
Minyak ini didoakan mengunakan surah Fatihah dan doa doa biasa saja...tetapi tetap POWER dengan izin ALLAH.

CARA PEMAKAIAN/KEGUNAAN;
1.Sapukan Minyak ini kepada jari manis tangan kanan
2.Gossokkan jari manis tangan kiri sambil selawat 3x
3.Sambil menghadap Kiblat Baca doa atau niatkan apa apa sahaja seperti:
"Ya Allah,Jadikan lah Minyak Buluh Perindu ini sebagai Pelaris,Pengasih,Penyayang dan Penyeri Buat diriKU"
4.Sapukan di kening kanan dan kiri 3x iaitu, jari manis kiri sapu dikening kiri dan jari manis kanan sapukan dikening kanan iaitu dari pangkal kening hingga hujung kening.


Kelebihan Minyak ini amat bergantung pada niat kita untuk tujuan apa iaitu PELARIS...PENGASIH...PENYAYANG...PENYERI MUKA dan berhati hati atas niat.....kerana ia boleh juga untuk tujuan yang tidak baik dan menyalahi syarak.

Sunday, 1 July 2012

Buluh Perindu Malaysia.......Lokasi Nya Dimana?

Semua Minyak Buluh perindu Dalam Blog ini berasal dari bumi Malaysia dan bukan dari Luar. Mereka yang berkebolehan sahaja yang dapat mengenal Buluh Perindu. 

Jangan kita mudah terpedaya dengan Bulu dan Buluh, sememangnya terdapat perbezaan. Seperti gambar diatas ianya ialah Cenuai Buluh Perindu dan didapati dikawasan yang bersungai yang berpunca dari Air Terjun beserta sungai itu berbatu batan dan jarang dikunjungi manusia.

Untuk mengenalnya sukar juga kerana perubahan yang terjadi sehingga ia membentuk Rumput dan Lalang.

Antara Lokasi yang ditemui kami bersama-sama orang yang berkebolehan ialah Jeram Tanduk, Kemaman, Hutan Pandan, Pahang.